Saturday, February 16, 2013

SUKA NYA MEMASAK

Hobi tiqa ialah memasak..hurm, tak tahu la kenapa.. tapi memang sangat-sangat suka memasak sejak dari kecil lagi. Kadang-kadang beberapa hari sebelum balik rumah kalau cuti semester atau sabtu ahad, mesti dalam kepala ni dah fikir nak masak apa laa..
haa...terbaru ni tiqa ada buat blueberry cheese cake, pertama kali buat dan alhamdulillah, sedap..tiqa just tengok resepi dari internet, klik je dekat google nama cheese cake..memang macam-macam la resepi yang tiqa jumpa..
Ok!! Now, meh tiqa ajar cara nak buat blueberry cheese cake, mane tau ada sahabat-sahabat yang nak try buat blueberry cheese cake..

Bahan-bahan nya :
300 gram cream cheese
175 gram whipping cream 
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula (kalau nak manis lagi, boleh tambah)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut tiger/marie (dihancurkan)
Marjerin untuk dituang dalam biskut
Blueberry Filling

Cara-caranya :

  1. Sediakan loyang 8 inci. Balutkan aluminium foil dalam nya, supaya nanti senang untuk keluarkan kek.
  2. Hancurkan biskut tiger/marie dan gaulkan dengan marjerin yang telah dipanaskan. Tekan dalam loyang sampai mampat. Lepas tu masukkan loyang dalam peti ais. Bagi biskut tu keras.
  3. Sementara tunggu biskut keras, pukul cream cheese, esen vanila selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
  4. Masukkan telur dan gula, pukul sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan whipping cream dan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul selama 3 minit.
  6. Keluarkan loyang yang berisi biskut daripada peti sejuk, tuangkan bahan-bahan yang dah dipukul tadi dalam loyang.
  7. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit, 170 Celcius. Bakar secara "steam bake". 
  8. Untuk bahagian atas cake, letakkan blueberry filling, buatlah bentuk apa pun.

Bakar secara "steam bake". 
Dalam loyang bawah tu isi air, tapi jangan banyak-banyak sangat.


Letakkan bluebery filling atas cheese cake, 
tapi corak yang tiqa buat tak cantik sangat..huhu

Selepas 30 minit berlalu, keluarkan blueberry cheese cake dari oven dan sejukkan selama 4 jam. Mudah bukan?? Pastikan kek betul-betul sejuk, kalau tak, tak rase macam kek Secret Resepi la!!hee..Ok.. Selamat Mencuba sahabat-sahabat!! ^_^

1 comment: