Saturday, November 12, 2011

Kerja...oh kerja...

Hai kawan-kawan? assalamualaikum..sihat?
tiqa disini agak kurang sihat.. Allah bagi demam+batuk+selesema, tapi alhamdulillah..syukur sangat.. ianya membuatkan tiqa lebih ingat kepadaNya.

Tiqa nak cerita ni..semalam tiqa pergi interview Guru Tadika Agama Johor (TAJ) di Pejabat Pendidikan Agama Daerah. Alhamdulillah semuanya telah selesai dan tiqa harap dan berdoa sangat-sangat dapat kerja tu sementara menunggu untuk sambung belajar tahun hadapan. InsyaAllah. Doakan tiqa ye kawan-kawan.
First time temuduga?erm..mula-mula takut sangat. Tapi bila kene soal dengan pegawai tu. Alhamdulillah tiqa dapat jawab dengan tenang.

Ada tiga part semasa ditemuduga tu:

Pertama : Terjemahkan tulisan rumi ke jawi.
Kedua : Kena baca Al-Quran dan jawab hukum tajwid + kena baca doa-doa harian + bacaan-bacaan dalam solat.
Ketiga : Disoal tentang pengetahuan am. Contohnya nama Agong, nama Sultan Johor dan sebagainya.

Alhamdulillah..tiqa dapat jawab dengan tenang. Seronok juga pergi temuduga ni. Dapat pengalaman baru. dan yang bestnya pegawai tu tanya, sanggup ke awak kalau saya hantar untuk mengajar jauh-jauh? Tiqa jawab dengan penuh confidentnya : saya sentiasa bersedia dan sanggup menghadapai apa-apa jua risiko.

Mudah-mudahan la dapat..Ameen,boleh mengajar budak-budak kecil nanti sekaligus dapat selitkan nilai-nilai dakwan islamian dekat diri mereka. Seronok bukan??

Sunday, October 23, 2011

Nak Sambung Belajar Atau Tidak?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

19 Oktober 2011...

Genap dua bulan tiqa habis berpraktikum dan menjadi suri rumah di rumah..
Tapi masih belum ada rezeki dapat kerja lain. InsyaAllah pasti ada rezeki satu hari nanti..
Nak tau tak?sekarang ni tiqa dalam dilema dan sedang memikirkan sesuatu, samada nak sambung study terus atau kerja dahulu?
macam-macam yang bermain dalam fikiran ni.
kadang-kadang hati ni kuat mengatakan, sambunglah study dulu...tapi kadang-kadang, rasa baik kerja dulu cari pengalaman n then baru lah study..
Tapi kalau study best jugak. Sebab dapat tambahkan lagi ilmu, terutamanya Bahasa Arab. Tiqa harap satu hari nanti tiqa dapat berkomunikasi dalam bahasa arab dengan baik, dan bercita-cita untuk membuka Tadika Islam yang menekankan matapelajaran bahasa arab serta menerapkan nilai akhlak dan akidah islamiah sejak dari kecil lagi. Ameen
Ya Allah, bantulah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untukku..

: : Mak pesan buat solat istikharah banyak-banyak kali. InsyaAllah ada jalannya

                                          Impianku suatu hari nanti



Friday, October 21, 2011

Coretan Bermula

Bismillahirrohmanirrohim....


Assalamualaikum kawan-kawan?
kaifa halukum?
kaifa sihhatukum?
kaifa usrohtukum?
kaifa imtihanukum?
kaifa asbahtukum?


haaa...teringat pula zaman belajar kat KUIS,
mula je ustaz masuk kelas, dia mesti tanya soalan-soalan ni. 


                                                ni lah ustaznya!

Subhanallah rindunya zaman belajar. Sekarang ni tiqa kat rumah..dalm proses mencari kerja..
Alhamdulillah, selesai sudah sesi berpraktikum di Sekolah Rendah Agama Taman Universiti Indah, Seri Kembangan..
Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia masih megurniakan kesempatan untuk aku bernafas lagi di bumiNya ini..
Seronok sangat jadi guru praktikum tau, macam-macam pengalaman yang tiqa dapat sepanjang 3 bulan berpraktikum.
Banyankanlah!kene survive sorang-sorang kat sekolah tu. Sahabat praktikum yang lain semua ada partner, tapi aku? sebelum praktikum macam-macam yang difikirkan dalam hati ni..mampu ke aku buat semua ni tapi.,alhamdulillah..segala apa yang Dia berikan pasti ada hikmahnya kan?pengalam kene berucap depan anak-anak murid(memang best), pengalaman berkongsi rasa suka duka dan sedih dekat diorang dan yang seronoknya cikgu-cikgu kat SRATUI sangat sporting, baik sangat-sangat, sampaikan dapat geng untuk jalan-jalan(kak Huda dan Tirah)..rindunya dekat kalian..


Anak-anak murid?
Subhanallah, macam-macam ragam. Seronok sangat dapat mencurahkan ilmu bahasa syurga yang amat sedikit ni kepada mereka sekaligus dapat berdakwah dekat diorang. Tiqa dikehendaki mengajar Bahasa Arab untuk tiga buah kelas Tahun 4.
Berhadapan dengan murid yang pandai, murid nakal, murid tak pandai baca jawi, murid suka mengejek ustazah, murid hyperactive..iysh3..sangat la seronok..


                                                                yang ni nakal, tapi pandai!


Anak murid menangis?
Jangan terkejeut! perkara ni berlaku pada hari terakhir tiqa berpraktikum,
beberapa orang anak didikku menangis bila tiqa bagitahu mereka yang hari tu hari terakhir tiqa mengajar..Ya Allah!..sedih sangat, siap dapat surat lagi daripada diorang,hehe.
Ada juga yang tak bagi tiqa pergi meninggalkan diorang, makin lah sedih..huhu..
Sempat tiqa pesa kat semua anak-anak murid tiqa...
"Jangan tinggal Solat"
"Jangan lupa mengaji Al-Quran"
"Jangan nakal-nakal, jangan lawan cakap ibubapa, cikgu"
"Belajar rajin-rajin"


Akhirnya kalam..apa yang tiqa dapat conclusionkan kat sini ialah masyaAllah!,nak jadi guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya..guru amat berperanan penting ataupun sebagai 'Role Model' untuk mengubah diri seseorang murid tersebut..dari segala aspek akidah, akhlak, emosi, rohani, dan sebagainya. Sebelum mengubah diri murid-murid, jiwa dan hati guru hendaklah bersih daripada segala anasir-anasir yang tidak baik..jadilah pendidik yang berhemah, tapi tegas. Bukannya pendidik yang dikuasai oleh nafsu amarah dan beremosi..
Sebab!!pendidik bukan hanya seorang muallim!bahkan seorang mubaligh, mursyid, dan murobbi..Kita sendiri yang bakal mencorakkan masa depan anak-anak didik @ ummat Nabi Muhammad S.A.W..=)


                                      Sebahagian daripada anak muridku. 
                                                     Moga jadi anak yang soleh dan solehah ye sayang




Alhamdulillah, Selesai sudah sesi berpraktikum pada tarikh 19 Ogos 2011
Doa daripada ustazah agar kalian semua menjadi anak yang soleh dah solehah
Ustazah sayang antum selamanya..









Sunday, April 17, 2011

IMTIHAN AKHIR...!!

17/4/2011..AHAD...4.14 PM..
Exam..oh exam.
Ya Allah...ape yang aku dah buat nie??asik nak fb je..
esok,,tiqa bakal menenpuhi peperiksaan akhir bagi semester ni!!!
rupa-rupanya hampir 2 tahun setengah sudah tiqa menjadi mahasisiwi KUIS
sebenarnye,,tiqa tak suke exam...sebb kene menghafal!!tiqa paling lemah dalam bab2 menghafal ni..lagi2 arabic..
tapi!kalau mengire!!tiqa paling suke..cite2 dulu nak amik bidang matematik..tapi..apekan daya...
Allah dah tentukan segala-galanya...mybe ini adalah yang terbaik di sisiNya..
tak sangka tiqa akan meninggalkan KUIS..n lepas ni akan menjejakkan kaki ke sk pula..utk praktikum...
macam-macam perasan yang menghantui tiqa.,,seronok,takut,tak sabar pun ade..hehe..
ok la..tiqa nak sambung "murojaah"...
akhir sekali..gud luck dekat kawan2 yang akan berjuang utk jawab exam pada hari isnin, rabu n khamis...terutamanya fiza nurani, aida, mimi dan kak seha, kak linda, kak finas, madihah, fza syikin n suhaila..I love you all..InsyaAllah.."Man Jada Wa Jada Wa Man Zaroa Hasoda"


Salam Imtihan dri Atiqah Musfirah buat warga Taslian semua...=)

Tuesday, April 12, 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta



Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Thursday, February 10, 2011

Wanita Yang Indah




Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.
Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.