Saturday, February 16, 2013

SUKA NYA MEMASAK

Hobi tiqa ialah memasak..hurm, tak tahu la kenapa.. tapi memang sangat-sangat suka memasak sejak dari kecil lagi. Kadang-kadang beberapa hari sebelum balik rumah kalau cuti semester atau sabtu ahad, mesti dalam kepala ni dah fikir nak masak apa laa..
haa...terbaru ni tiqa ada buat blueberry cheese cake, pertama kali buat dan alhamdulillah, sedap..tiqa just tengok resepi dari internet, klik je dekat google nama cheese cake..memang macam-macam la resepi yang tiqa jumpa..
Ok!! Now, meh tiqa ajar cara nak buat blueberry cheese cake, mane tau ada sahabat-sahabat yang nak try buat blueberry cheese cake..

Bahan-bahan nya :
300 gram cream cheese
175 gram whipping cream 
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula (kalau nak manis lagi, boleh tambah)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut tiger/marie (dihancurkan)
Marjerin untuk dituang dalam biskut
Blueberry Filling

Cara-caranya :

  1. Sediakan loyang 8 inci. Balutkan aluminium foil dalam nya, supaya nanti senang untuk keluarkan kek.
  2. Hancurkan biskut tiger/marie dan gaulkan dengan marjerin yang telah dipanaskan. Tekan dalam loyang sampai mampat. Lepas tu masukkan loyang dalam peti ais. Bagi biskut tu keras.
  3. Sementara tunggu biskut keras, pukul cream cheese, esen vanila selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
  4. Masukkan telur dan gula, pukul sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan whipping cream dan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul selama 3 minit.
  6. Keluarkan loyang yang berisi biskut daripada peti sejuk, tuangkan bahan-bahan yang dah dipukul tadi dalam loyang.
  7. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit, 170 Celcius. Bakar secara "steam bake". 
  8. Untuk bahagian atas cake, letakkan blueberry filling, buatlah bentuk apa pun.

Bakar secara "steam bake". 
Dalam loyang bawah tu isi air, tapi jangan banyak-banyak sangat.


Letakkan bluebery filling atas cheese cake, 
tapi corak yang tiqa buat tak cantik sangat..huhu

Selepas 30 minit berlalu, keluarkan blueberry cheese cake dari oven dan sejukkan selama 4 jam. Mudah bukan?? Pastikan kek betul-betul sejuk, kalau tak, tak rase macam kek Secret Resepi la!!hee..Ok.. Selamat Mencuba sahabat-sahabat!! ^_^

Friday, February 1, 2013


PENAPIS AIR COWAY

Assalamualaikum sahabat-sahabat bloger...!!
rase nye dah lame sangat-sangat tiqa tak update blog...
hurm.. busy la..lagi satu tiqa ni ada satu penyakit, penyakit malas nk update blog...time ada mood je tiqa akan update..
haaa!! actually, tiqa nak share something ni..
kawan-kawan pernah tak join business?? mesti pernah kan.. tiqa sebenarnya minat business, tapi takde la minat sangat-sangat, biase-biase je..
orait., kat sini tiqa nak promote satu produk, boleh dikatakan business juga la ni..
pernah tak dengar pasal coway? ok..actually,,coway ni water filter tau.. dan ianya bagus sangat-sangat untuk kawan-kawan, dalam kehidupan kita, kita kene pastikan yang kita sentiasa minum air yang bersih dan bertapis.. Itu sangat penting!! Even dalam masakan sekalipun, kalau boleh..guna air yang bertapis, sebab zaman sekarang ni, keadaan air dah tercemar dan banyak pula paip-paip yang dah berkarat, so jika kita nak dapatkan air especially untuk masakan dan minuman, pastikan kita guna air yang bertapis seperti coway... Tahu tak kesan bila kita tak minum air yang ditapis?? haa....ianya boleh memberi kesan dekat buah pinggang tau, sebab kita tak tahu sejauh mana kebersihan air yang kita minum dan makan tu, maklumlah...kadang-kadang, kita lihat air paip yang kita masak dan minum tu macam bersih je..padahal kandungan dalam air tu, penuh dengan klorin, bakteria yang tak dapat dilihat secara mata kasar...jadi, apa salahnya jika kita beli penapis air untuk kesenangan pada masa akan datangm terutamanya untuk kesihatan.. Apa yang bestnya coway ni, dia ada air panas dan air sejuk. Jadi, tak payah susah-susah nak masak air panas kat kettle, just tekan je button heat water dekat coway water filter... Jom beli coway!! 



Istimewa!! Diskaun 20% untuk pembelian pada awal Tahun 2013!!


Contoh water filter coway

Jika anda berminat untuk membeli produk Coway, sila hubungi En Zulfiqry Zulfakar (0194513720) atau email kepada zulfiqryzulfakar@yahoo.com. Sila layari laman web www.coway.com.my. Jangan lepaskan peluang ini!!! Ayuh merubah kehidupan anda, dapatkan bekalan air yang bersih dan baik. Segalanya daripada Coway!!