Friday, November 8, 2013

LA TAHZAN SAYANG,SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMAMU

Hai sahabat, entry tiqa kali ni, tiqa nak nasihat sikit, untuk peringatan bersama. Jangan mudah percaya dengan seseorang yang belum tentu jadi milik kita, faham kan? Tiqa pasti, semua orang yang pernah dikecewakan mesti turut merasai apa yang tiqa rasa sekarang ni. Sahabat, Tahu x? Ini semua ujian dariNya untuk Dia lihat kita makin dekat padaNya atau tidak. Allah sahaja yang tahu kan, betapa sedih dan pedihnya hati ini, saat dikecewakan, teringat, terindu, sedih, kecewa..itu biasa bagi insan yang bergelar manusia, tapi! insyaALLAH sahabat-sahabat, janji Allah itu pasti, ingat la firmaNya dalam Surah An-Nur ayat 26 :

 ”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".


Sudah jelas kan ayat Al-Quran ni? Jadi, jangan risau tentang jodohmu, kalau dirimu seorang yang baik, patuh pada agama, jaga akhlak.. in Shaa Allah Dia akan bagi pasangan yang baik, yang penting sekarang persiapkan diri untuk jadi yang baik+baik+lebih baik+selehah, kena banyak-banyak sabar, sabar dan sabar. Sesungguhnya pasangan kita mencerminkan diri kita. Alaisa kazalik??doa banyak-banyak, kalau dah ada calon, istikharah dan istisyarah dengan orang yang lebih arif dan soleh, moga calon antum tu adalah yang terbaik di sisi kita juga disisi Allah. Tiqa doakan antum semua beroleh pasangan dan suami yang baik akhlaknya serta soleh yang insyaAllah akan memimpin kita ke syurgaNya, nak ada zuriat keturunan qurratul aini dan nak bahagia sampai ke syurga kan? jom sama-sama amal doa ni :


Sahabat, kadang-kadang kita dah merancang segala-galanya bersama dia, tapi at the end. Allah tak izinkan benda tu berlaku kan? sebab apa? sebab....Allah dah buat plan yang lagi superb and the best untuk kita! untuk masa depan kita! sampai satu masa kita rasa macam tak sangka yang perkara tu akan berlaku, best kan? pokok pangkalnya, kena redha dan terima dengan ujian Allah dan yakin yang Dia akan hadiahkan sesuatau yang lebih dan lebih baik daripada sebelum ni. Kalau tak dapat pasangan didunia pun, in Shaa Allah dapat di syurga.


Sahabat, jom sama-sama doa moga Allah tak henti-henti beri hidayah dan rahmat buat kita semua dan sentiasa berada dalam kasih sayangNya. Allahumma Ameen , Allahualam =) Jom berubah jadi lebih baik!!






Saturday, February 16, 2013

SUKA NYA MEMASAK

Hobi tiqa ialah memasak..hurm, tak tahu la kenapa.. tapi memang sangat-sangat suka memasak sejak dari kecil lagi. Kadang-kadang beberapa hari sebelum balik rumah kalau cuti semester atau sabtu ahad, mesti dalam kepala ni dah fikir nak masak apa laa..
haa...terbaru ni tiqa ada buat blueberry cheese cake, pertama kali buat dan alhamdulillah, sedap..tiqa just tengok resepi dari internet, klik je dekat google nama cheese cake..memang macam-macam la resepi yang tiqa jumpa..
Ok!! Now, meh tiqa ajar cara nak buat blueberry cheese cake, mane tau ada sahabat-sahabat yang nak try buat blueberry cheese cake..

Bahan-bahan nya :
300 gram cream cheese
175 gram whipping cream 
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula (kalau nak manis lagi, boleh tambah)
1 sudu kecil esen vanila
1 bungkus biskut tiger/marie (dihancurkan)
Marjerin untuk dituang dalam biskut
Blueberry Filling

Cara-caranya :

  1. Sediakan loyang 8 inci. Balutkan aluminium foil dalam nya, supaya nanti senang untuk keluarkan kek.
  2. Hancurkan biskut tiger/marie dan gaulkan dengan marjerin yang telah dipanaskan. Tekan dalam loyang sampai mampat. Lepas tu masukkan loyang dalam peti ais. Bagi biskut tu keras.
  3. Sementara tunggu biskut keras, pukul cream cheese, esen vanila selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
  4. Masukkan telur dan gula, pukul sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan whipping cream dan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul selama 3 minit.
  6. Keluarkan loyang yang berisi biskut daripada peti sejuk, tuangkan bahan-bahan yang dah dipukul tadi dalam loyang.
  7. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit, 170 Celcius. Bakar secara "steam bake". 
  8. Untuk bahagian atas cake, letakkan blueberry filling, buatlah bentuk apa pun.

Bakar secara "steam bake". 
Dalam loyang bawah tu isi air, tapi jangan banyak-banyak sangat.


Letakkan bluebery filling atas cheese cake, 
tapi corak yang tiqa buat tak cantik sangat..huhu

Selepas 30 minit berlalu, keluarkan blueberry cheese cake dari oven dan sejukkan selama 4 jam. Mudah bukan?? Pastikan kek betul-betul sejuk, kalau tak, tak rase macam kek Secret Resepi la!!hee..Ok.. Selamat Mencuba sahabat-sahabat!! ^_^

Friday, February 1, 2013


PENAPIS AIR COWAY

Assalamualaikum sahabat-sahabat bloger...!!
rase nye dah lame sangat-sangat tiqa tak update blog...
hurm.. busy la..lagi satu tiqa ni ada satu penyakit, penyakit malas nk update blog...time ada mood je tiqa akan update..
haaa!! actually, tiqa nak share something ni..
kawan-kawan pernah tak join business?? mesti pernah kan.. tiqa sebenarnya minat business, tapi takde la minat sangat-sangat, biase-biase je..
orait., kat sini tiqa nak promote satu produk, boleh dikatakan business juga la ni..
pernah tak dengar pasal coway? ok..actually,,coway ni water filter tau.. dan ianya bagus sangat-sangat untuk kawan-kawan, dalam kehidupan kita, kita kene pastikan yang kita sentiasa minum air yang bersih dan bertapis.. Itu sangat penting!! Even dalam masakan sekalipun, kalau boleh..guna air yang bertapis, sebab zaman sekarang ni, keadaan air dah tercemar dan banyak pula paip-paip yang dah berkarat, so jika kita nak dapatkan air especially untuk masakan dan minuman, pastikan kita guna air yang bertapis seperti coway... Tahu tak kesan bila kita tak minum air yang ditapis?? haa....ianya boleh memberi kesan dekat buah pinggang tau, sebab kita tak tahu sejauh mana kebersihan air yang kita minum dan makan tu, maklumlah...kadang-kadang, kita lihat air paip yang kita masak dan minum tu macam bersih je..padahal kandungan dalam air tu, penuh dengan klorin, bakteria yang tak dapat dilihat secara mata kasar...jadi, apa salahnya jika kita beli penapis air untuk kesenangan pada masa akan datangm terutamanya untuk kesihatan.. Apa yang bestnya coway ni, dia ada air panas dan air sejuk. Jadi, tak payah susah-susah nak masak air panas kat kettle, just tekan je button heat water dekat coway water filter... Jom beli coway!! 



Istimewa!! Diskaun 20% untuk pembelian pada awal Tahun 2013!!


Contoh water filter coway

Jika anda berminat untuk membeli produk Coway, sila hubungi En Zulfiqry Zulfakar (0194513720) atau email kepada zulfiqryzulfakar@yahoo.com. Sila layari laman web www.coway.com.my. Jangan lepaskan peluang ini!!! Ayuh merubah kehidupan anda, dapatkan bekalan air yang bersih dan baik. Segalanya daripada Coway!!




















Saturday, November 12, 2011

Kerja...oh kerja...

Hai kawan-kawan? assalamualaikum..sihat?
tiqa disini agak kurang sihat.. Allah bagi demam+batuk+selesema, tapi alhamdulillah..syukur sangat.. ianya membuatkan tiqa lebih ingat kepadaNya.

Tiqa nak cerita ni..semalam tiqa pergi interview Guru Tadika Agama Johor (TAJ) di Pejabat Pendidikan Agama Daerah. Alhamdulillah semuanya telah selesai dan tiqa harap dan berdoa sangat-sangat dapat kerja tu sementara menunggu untuk sambung belajar tahun hadapan. InsyaAllah. Doakan tiqa ye kawan-kawan.
First time temuduga?erm..mula-mula takut sangat. Tapi bila kene soal dengan pegawai tu. Alhamdulillah tiqa dapat jawab dengan tenang.

Ada tiga part semasa ditemuduga tu:

Pertama : Terjemahkan tulisan rumi ke jawi.
Kedua : Kena baca Al-Quran dan jawab hukum tajwid + kena baca doa-doa harian + bacaan-bacaan dalam solat.
Ketiga : Disoal tentang pengetahuan am. Contohnya nama Agong, nama Sultan Johor dan sebagainya.

Alhamdulillah..tiqa dapat jawab dengan tenang. Seronok juga pergi temuduga ni. Dapat pengalaman baru. dan yang bestnya pegawai tu tanya, sanggup ke awak kalau saya hantar untuk mengajar jauh-jauh? Tiqa jawab dengan penuh confidentnya : saya sentiasa bersedia dan sanggup menghadapai apa-apa jua risiko.

Mudah-mudahan la dapat..Ameen,boleh mengajar budak-budak kecil nanti sekaligus dapat selitkan nilai-nilai dakwan islamian dekat diri mereka. Seronok bukan??

Sunday, October 23, 2011

Nak Sambung Belajar Atau Tidak?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

19 Oktober 2011...

Genap dua bulan tiqa habis berpraktikum dan menjadi suri rumah di rumah..
Tapi masih belum ada rezeki dapat kerja lain. InsyaAllah pasti ada rezeki satu hari nanti..
Nak tau tak?sekarang ni tiqa dalam dilema dan sedang memikirkan sesuatu, samada nak sambung study terus atau kerja dahulu?
macam-macam yang bermain dalam fikiran ni.
kadang-kadang hati ni kuat mengatakan, sambunglah study dulu...tapi kadang-kadang, rasa baik kerja dulu cari pengalaman n then baru lah study..
Tapi kalau study best jugak. Sebab dapat tambahkan lagi ilmu, terutamanya Bahasa Arab. Tiqa harap satu hari nanti tiqa dapat berkomunikasi dalam bahasa arab dengan baik, dan bercita-cita untuk membuka Tadika Islam yang menekankan matapelajaran bahasa arab serta menerapkan nilai akhlak dan akidah islamiah sejak dari kecil lagi. Ameen
Ya Allah, bantulah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untukku..

: : Mak pesan buat solat istikharah banyak-banyak kali. InsyaAllah ada jalannya

                                          Impianku suatu hari nanti



Friday, October 21, 2011

Coretan Bermula

Bismillahirrohmanirrohim....


Assalamualaikum kawan-kawan?
kaifa halukum?
kaifa sihhatukum?
kaifa usrohtukum?
kaifa imtihanukum?
kaifa asbahtukum?


haaa...teringat pula zaman belajar kat KUIS,
mula je ustaz masuk kelas, dia mesti tanya soalan-soalan ni. 


                                                ni lah ustaznya!

Subhanallah rindunya zaman belajar. Sekarang ni tiqa kat rumah..dalm proses mencari kerja..
Alhamdulillah, selesai sudah sesi berpraktikum di Sekolah Rendah Agama Taman Universiti Indah, Seri Kembangan..
Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia masih megurniakan kesempatan untuk aku bernafas lagi di bumiNya ini..
Seronok sangat jadi guru praktikum tau, macam-macam pengalaman yang tiqa dapat sepanjang 3 bulan berpraktikum.
Banyankanlah!kene survive sorang-sorang kat sekolah tu. Sahabat praktikum yang lain semua ada partner, tapi aku? sebelum praktikum macam-macam yang difikirkan dalam hati ni..mampu ke aku buat semua ni tapi.,alhamdulillah..segala apa yang Dia berikan pasti ada hikmahnya kan?pengalam kene berucap depan anak-anak murid(memang best), pengalaman berkongsi rasa suka duka dan sedih dekat diorang dan yang seronoknya cikgu-cikgu kat SRATUI sangat sporting, baik sangat-sangat, sampaikan dapat geng untuk jalan-jalan(kak Huda dan Tirah)..rindunya dekat kalian..


Anak-anak murid?
Subhanallah, macam-macam ragam. Seronok sangat dapat mencurahkan ilmu bahasa syurga yang amat sedikit ni kepada mereka sekaligus dapat berdakwah dekat diorang. Tiqa dikehendaki mengajar Bahasa Arab untuk tiga buah kelas Tahun 4.
Berhadapan dengan murid yang pandai, murid nakal, murid tak pandai baca jawi, murid suka mengejek ustazah, murid hyperactive..iysh3..sangat la seronok..


                                                                yang ni nakal, tapi pandai!


Anak murid menangis?
Jangan terkejeut! perkara ni berlaku pada hari terakhir tiqa berpraktikum,
beberapa orang anak didikku menangis bila tiqa bagitahu mereka yang hari tu hari terakhir tiqa mengajar..Ya Allah!..sedih sangat, siap dapat surat lagi daripada diorang,hehe.
Ada juga yang tak bagi tiqa pergi meninggalkan diorang, makin lah sedih..huhu..
Sempat tiqa pesa kat semua anak-anak murid tiqa...
"Jangan tinggal Solat"
"Jangan lupa mengaji Al-Quran"
"Jangan nakal-nakal, jangan lawan cakap ibubapa, cikgu"
"Belajar rajin-rajin"


Akhirnya kalam..apa yang tiqa dapat conclusionkan kat sini ialah masyaAllah!,nak jadi guru bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya..guru amat berperanan penting ataupun sebagai 'Role Model' untuk mengubah diri seseorang murid tersebut..dari segala aspek akidah, akhlak, emosi, rohani, dan sebagainya. Sebelum mengubah diri murid-murid, jiwa dan hati guru hendaklah bersih daripada segala anasir-anasir yang tidak baik..jadilah pendidik yang berhemah, tapi tegas. Bukannya pendidik yang dikuasai oleh nafsu amarah dan beremosi..
Sebab!!pendidik bukan hanya seorang muallim!bahkan seorang mubaligh, mursyid, dan murobbi..Kita sendiri yang bakal mencorakkan masa depan anak-anak didik @ ummat Nabi Muhammad S.A.W..=)


                                      Sebahagian daripada anak muridku. 
                                                     Moga jadi anak yang soleh dan solehah ye sayang




Alhamdulillah, Selesai sudah sesi berpraktikum pada tarikh 19 Ogos 2011
Doa daripada ustazah agar kalian semua menjadi anak yang soleh dah solehah
Ustazah sayang antum selamanya..









Sunday, April 17, 2011

IMTIHAN AKHIR...!!

17/4/2011..AHAD...4.14 PM..
Exam..oh exam.
Ya Allah...ape yang aku dah buat nie??asik nak fb je..
esok,,tiqa bakal menenpuhi peperiksaan akhir bagi semester ni!!!
rupa-rupanya hampir 2 tahun setengah sudah tiqa menjadi mahasisiwi KUIS
sebenarnye,,tiqa tak suke exam...sebb kene menghafal!!tiqa paling lemah dalam bab2 menghafal ni..lagi2 arabic..
tapi!kalau mengire!!tiqa paling suke..cite2 dulu nak amik bidang matematik..tapi..apekan daya...
Allah dah tentukan segala-galanya...mybe ini adalah yang terbaik di sisiNya..
tak sangka tiqa akan meninggalkan KUIS..n lepas ni akan menjejakkan kaki ke sk pula..utk praktikum...
macam-macam perasan yang menghantui tiqa.,,seronok,takut,tak sabar pun ade..hehe..
ok la..tiqa nak sambung "murojaah"...
akhir sekali..gud luck dekat kawan2 yang akan berjuang utk jawab exam pada hari isnin, rabu n khamis...terutamanya fiza nurani, aida, mimi dan kak seha, kak linda, kak finas, madihah, fza syikin n suhaila..I love you all..InsyaAllah.."Man Jada Wa Jada Wa Man Zaroa Hasoda"


Salam Imtihan dri Atiqah Musfirah buat warga Taslian semua...=)