Saturday, November 12, 2011

Kerja...oh kerja...

Hai kawan-kawan? assalamualaikum..sihat?
tiqa disini agak kurang sihat.. Allah bagi demam+batuk+selesema, tapi alhamdulillah..syukur sangat.. ianya membuatkan tiqa lebih ingat kepadaNya.

Tiqa nak cerita ni..semalam tiqa pergi interview Guru Tadika Agama Johor (TAJ) di Pejabat Pendidikan Agama Daerah. Alhamdulillah semuanya telah selesai dan tiqa harap dan berdoa sangat-sangat dapat kerja tu sementara menunggu untuk sambung belajar tahun hadapan. InsyaAllah. Doakan tiqa ye kawan-kawan.
First time temuduga?erm..mula-mula takut sangat. Tapi bila kene soal dengan pegawai tu. Alhamdulillah tiqa dapat jawab dengan tenang.

Ada tiga part semasa ditemuduga tu:

Pertama : Terjemahkan tulisan rumi ke jawi.
Kedua : Kena baca Al-Quran dan jawab hukum tajwid + kena baca doa-doa harian + bacaan-bacaan dalam solat.
Ketiga : Disoal tentang pengetahuan am. Contohnya nama Agong, nama Sultan Johor dan sebagainya.

Alhamdulillah..tiqa dapat jawab dengan tenang. Seronok juga pergi temuduga ni. Dapat pengalaman baru. dan yang bestnya pegawai tu tanya, sanggup ke awak kalau saya hantar untuk mengajar jauh-jauh? Tiqa jawab dengan penuh confidentnya : saya sentiasa bersedia dan sanggup menghadapai apa-apa jua risiko.

Mudah-mudahan la dapat..Ameen,boleh mengajar budak-budak kecil nanti sekaligus dapat selitkan nilai-nilai dakwan islamian dekat diri mereka. Seronok bukan??

3 comments:

  1. Alhamdulillah, tiqa, saya doakan awak dapat kerja cepat, pastu boleh belanja saya makan mcd hari-hari bukan ? :)
    Semoga awak menjadi pendidik yang penyayang suatu hari nanti ?:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,skrg ni tiqa dpt smbung stdy pulak di usim..doakan kejayaan tiqa ye sahabat2

    ReplyDelete